Jemput-Jemput

Lepas sembahyang Jumaat dari Masjid yang dekat dengan kawasan saya tinggal, saya rasa lapar dan buat keputusan untuk masak jemput-jemput ikan bilis. Memandangkan ia senang dimasak(yang saya dengarlah). Memandangkan saya tidak berapa ingat dengan bahan yang diperlukan untuk masak jemput-jemput ikan bilis. So, saya pun surfing dalam internet untuk dapatkan resipinnya di Myresipi. Kalau nak dapatkan resipi-resipi masakan yang lain bolehlah dapatkan di Myresipi.Com.

oklah cerita pasal pengalaman saya masak jemput-jemput ikan bilis nie untuk pertama kali. Saya teragak-agak juga untuk memasaknya. Maklumlah first time masak. Untuk pengetahuan semua, this is how i cook based on the recipe myresipi.com berikan.

Sebelum tu, sediakan;
  • Tepung Gandum
  • Gula
  • Garam
  • Minyak Zaitun/Olive
  • 5 batang daun bawang (hiris)
  • Ikan bilis kering
  • kunyit
  • Bawang Besar (hiris)
  • Minyak Masak (yang selalu anda guna dirumah)
Cara-caranya :
  • Sediakan bowl besar/ sederhana besar untuk simpan 3 cawan tepung gandum.
  • 2 cawan air (mengikut ukuran cawan tepung gandum yang disebut diatas).
  • setengah sudu kecil garam - simpan sikit ja nanti lain rasanya plak.
  • Kacau dulu sampai sebati.
  • Lepas tu, simpan 1 sudu besar (sudu besar macam sudu untuk makan bubur) olive sebaik-baiknya tapi kalau nak pakai minyak masak pun boleh bah!
  • Hiris kecil-kecil daun bawang sebanyak 5 batang. (untuk aromanya).
  • setengah cawan ikan bilis.
  • simpan sedikit serbuk kunyit. (sikit ja jangan banyak, nanti warna jemput-jemput nampak kuning sangat)
  • setengah bawang besar yang telah dihiris.
  • Dan gaulkan semua bahan yang telah disimpankan ke dalam Bowl tadi.
  • Panaskan minyak masak dan kaupkan sikit-sikit dengan menggunakan sudu. Sebaik-baiknya sudu untuk makan bubur.
  • Goreng sehingga kuning ataupun perang.
Selamat Mencuba.......

Comments

Popular posts from this blog

Doa Qunut Solat Subuh : Wajib atau sunat?

Kelas Percuma Belajar Agama

Perkara-perkara sunat yang dilakukan pada hari Jumaat