New Handphone



Wahai Nokia6610i ku,
Kau memberitahu ku setiap kali orang yang tersayang ingin memanggilku,
Kau menolong ku setiap kali ku ingin tulis teks pada kawan-kawanku,
Namun ku terpaksa melepaskanmu kerana kau tidak lagi berfungsi sepertimana yang ku harapkan,
Setelah sekian lama kau berkhidmat padaku,
Ku amat menghargai segala jasamu,
Apa yang mampu ku balas jasamu ialah dengan menyimpanmu,
Tanda ingatan bahawa kaulah Handphone yang pernah berkhidmat pada ku.



Wahai Nokia 5000,
Ku memilihmu kerana kau menarik perhatian ku sejak pertama kali ku memandangmu,
Ku melihat fungsi-fungsi yang ada dalam badanmu,
Ternyata kau adalah sesuai untuk ku,
Kau adalah teman baru yang paling rapat dengan ku sekarang,
Di mana ku berada di situlah jua kau berada,
Ku berharap kau akan berkhidmat pada ku seberapa lama yang boleh,
Selamat datang ke dalam hidupku.



Setelah bertahun-tahun lamanya saya menggunakan Nokia6610i, akhirnya saya telah membeli handphone yang baru. Handphone yang baru nie, taklah mahal sangat. Affordable. Handphone ku yang lama tu dah selalu kong baterinya walaupun saya telah membeli bateri yang baru. Setiap kali ada panggilan, perbualan saya akan terputus. Frust juga dibuatnya.

So, saya mengambil keputusan untuk membeli handphone yang murah sebagai pengganti handphone lama yang dah uzur.

Comments

Popular posts from this blog

Doa Qunut Solat Subuh : Wajib atau sunat?

Kelas Percuma Belajar Agama

Perkara-perkara sunat yang dilakukan pada hari Jumaat