Skip to main content

Bulan Ramadan Bulan yang penuh Rahmat

"Bulan Ramadan, yang di dalamnya diturunkan al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah). Oleh itu, barangsiapa di antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu."                      Surah Al-Baqarah, Ayat 185.
Ramadan yang biasanya digelar "Ramadan Al-Mubarak" adalah merupakan bulan yang ke-9 dan bulan paling suci di dalam kalendar Islam. Seperti bulan Islam lain, bulan ini mempunyai 29 atau 30 hari. Bulan Ramadan merupakan masa untuk umat Islam berfikir dan merenung diri sendiri, bersolat, membuat kebajikan dan meluangkan masa dengan keluarga serta sahabat handai. Dengan berpuasa dari fajar hingga senja umat Islam akan dapat mempertingkatkan disiplin diri dan menjadi pemurah, dengan mengingati kesusahan hidup sebahagian manusia yang miskin papa.
"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa" Surah al-Baqarah, Ayat 183
"...berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui" Surah al-Baqarah, Ayat 184 
Orang yang berpuasa juga akan dilindungi Allah dari segala hasutan syaitan untuk melupakan manusia dari bersyukur. Mereka yang tidak pernah merenung untuk berfikir berapa banyak kurniaan yang telah Allah turunkan akan mula mengucapkan syukur berulang kali di atas segala peluang dan kesihatan yang dikecapinya. Berpuasa di bulan Ramadhan adalah "kunci kepada kebenaran, keikhlasan, kemuncak dan kesejagatan syukur".

Amalan - Amalan :

1) Berpuasa di siang hari
Selama sebulan Ramadan, umat Islam akan berpuasa setiap hari, dari terbit fajar iaitu subuh sehinggalah terbenamnya matahari pada waktu maghrib. Selama berpuasa, mereka harus menahan diri dari makan, minum dan perkara-perkara lain yang membatalkan puasa sehingga tiba waktu berbuka.

2)Solat Terawih
Pada malam harinya, setelah solat Isyak, umat Islam melanjutkan ibadahnya dengan melaksanakan solat Tarawih, solat khusus yang hanya dilakukan pada bulan Ramadan. Solat tarawih, walaupun dapat dilaksanakan bersendirian, umumnya dilakukan secara berjama'ah di masjid-masjid. Di sesetengah tempat, sebelum pelaksanaan solat tarawih, diadakan ceramah singkat untuk menasihati para jama'ah.

3)Zakat Fitrah
Zakat fitrah adalah zakat yang dikeluarkan khusus pada bulan Ramadan atau paling lambat sebelum selesainya Solat Sunat Hari Raya. Setiap individu muslim yang berkemampuan wajib membayar zakat fitrah.

4)Aidil Fitri
Akhir bulan Ramadan dirayakan dengan sukacita oleh seluruh Muslim di dunia. Pada malam harinya iaitu malam 1 Syawal, yang biasa disebut malam kemenangan, mereka akan mengumandangkan takbir bersama-sama. Esoknya tanggal 1 Syawal, yang dirayakan sebagai Hari Raya Aidil Fitri, semua Muslim baik lelaki mahupun perempuan digalakkan ke masjid untuk melakukan Solat Sunat Hari Raya. Solat dua raka'at ini akan diikuti khutbah mengenai Aidil Fitri.

Esok dah masuk Bulan Ramadan..... Sudahkah anda membuat persiapan untuk menyambut bulan yang penuh rahmat?

Sumber:

Comments

Popular posts from this blog

Review: Real Focus: How to Manage Your Life Load So You Can Start Living Your Life

Real Focus: How to Manage Your Life Load So You Can Start Living Your Life by Psychologies Magazine My rating: 4 of 5 stars This book contain 3 chapters. with 184pages inside. As a reader who want to improve my daily task. this book shows me how to get things done by prioritizing which task need to be done 1st by identifying it. I like the last part of this book that stated that it's all about systems that you need to figure out. Make that system as a habit and work on it. Another tip that i found out that useful for me is the "No Zero Day" which make sense at all. However, as i read through this book. I realized that this book can be like a guidance for me which i read on as and when i need it since this book packed with valuable advice that helps me to sharpen more my focus on the project that i would to do. Hopefully this will cultivate a good ones and can make a huge difference to my life. If you're looking for a book that help you to change

Masalah Bug Dalam Firefox Browser

Sejak kebelakangan nie, saya asyik menghadapi masalah dengan browser firefox V.2. Kekadang hang, dan yang selalunya dapat error message problem dengan firefox browser. Geram dibuatnya. Tried to fix it by repairing the firefox software back. But the result is still the same. Nak check bug dalam browser pun tak tau.... SO, sabar jelah. Tapi hati saya masih tak puas hati lagi dan berfikir untuk bagaimana nak selesaikan masalah browser kegemaranku ini. Googling informasi pun tak dapat cari. But the similarity problem yang saya jumpa ialah bagaimana untuk memperbaiki "find as you type" bug dalam firefox . Ok... i admit, saya sebenarnya tak tahu nak translate " Find as you type ". Can anyone help me to translate it in Malay Language? Dari blog nie, saya jumpa Bugzilla . Banyak informasi yang saya dapat dari laman web nie, dari reporting bugs for firefox, jenis-jenis bug and how to fix bug in firefox. Mengambil masa yang lama juga untuk saya baca semua nie. Namun ia banyak

MacBook Air

Semenjak MacBook Pro versi 2011 saya buat hal (dah uzur agaknye), saya mengambil keputusan untuk dapatkan laptop baru. Saya mengambil keputusan untuk dapatkan MacBook Air berbanding daripada laptop yang berasaskan Windows OS. Ini disebabkan dari pengalaman saya menggunakan  MacBook Pro yang boleh menjangkau lebih kurang 7 tahun. Melalui pengalaman saya juga dengan menggunakan laptop yang berasaskan windows nie... selalunya jangka hayat hanya dalam 2-3 tahun sebelum saya start guna Macbook Pro pada tahun 2011.  Dengan itu, saya mengambil keputusan untuk meneruskan guna Macbook. Ok, banyak orang kata... orang yang guna brand Apple nie untuk orang orang kaya je. Bagi saya tidak, kerana kualiti yang ada pada Macbook ini lebih tahan lama dari laptop yang berasaskan Windows OS ataupun Linux. Bak kata pepatah melayu "biarlah alah membeli memang memakai". Tapi saya memang tak gemar guna Iphone. haha.... tak berbaloi - mahal siot (overpriced). Baik guna Android Smartphone lebih be