Black Seed Oil

Sebut pasal Habbatus Sauda, memang banyak kelebihan makan (biji) atau minum (minyak) Habbatus Sauda nie. Salah satunya ialah bila kita batuk..... dan setelah minum dua kali Habbatus sauda nie dalam sehari batuk akan hilang. Insya'allah. Itu bagi batuk yang biasa. Bagi batuk yang "Luar biasa" pula dalam 2-3 hari dah sembuh.

Bukan itu sahaja, minyak habbatus sauda juga boleh dijadikan sebagai minyak urut dan minyak rambut bagi sesiapa yang keguguran rambut. Habbatus Sauda juga mengandungi banyak khasiat yang baik untuk kesihatan tubuh badan. Terutamanya untuk menguatkan ketahanan imun sistem dalam badan kita.

Diriwayatkan dari Aisyah ra, beliau mendengar Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda’ boleh menyembuh segala penyakit kecuali Al-Sam”. Aku bertanya. “Apakah Al-Sam itu? Baginda menjawab, “Al-Sam itu ialah maut” Riwayat Imam Bukhari.

Dalam Bahasa orang putih kata  The Nature's Miracle Remedy.

Weblog Habbatus Sauda saya ini juga mempunyai Facebook Page. Memandangkan FB nie dah kira macam-macam ada. Saya pun menjadikanlah Weblog Habbatus Sauda nie sebahagian daripada FB MMA.

Comments

Popular posts from this blog

Doa Qunut Solat Subuh : Wajib atau sunat?

Kelas Percuma Belajar Agama

Perkara-perkara sunat yang dilakukan pada hari Jumaat