Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Mosque

Doa-Doa di Bulan Ramadhan

" Doa itu merupakan inti ibadah " (HR Bukhari) Demikianlah sabda Rasulullah SAW. Sebagai suatu ibadah, berdoa hanyalah dihadapkan kepada Allah SWT semata-mata. Tidak boleh kepada benda-benda lain. Disamping itu, berdoa harus pula sejalan atau bersamaan dengan ikhtiar dan usaha. Dengan tuntunan dan adab berdoa yang benar, baik dan tentu saja ikhlas, Allah SWT tidak akan pernah melupakan umatnya yang bermohon dan berdoa kepada-Nya. Bulan Ramadhan selain disebut sebagai bulan shaum, juga disebut sebagai bulan taubah (bulan kembali kepada-Nya), bulan Maghfirah dan rahmah, bulan pembawa berkah, bulan qiyamullail, dan bulan ihya malam-malam Lailatul Qadar. Ringkasnya , bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh doa. Orang-orang yang mengetahui nilai bulan Ramadhan akan memanfaatkan sebaik-baiknya bulan tersebut dengan banyak berdoa, khususnya di waktu tengah malam, di waktu sahur, dan setiap selesai melakukan shalat. Dalam sebuah Hadis Qudsi, dikemukakan bahwa : Rabb kita ...

Perkara-perkara sunat yang dilakukan pada hari Jumaat

~ Mandi sunat hari Jumaat, terutama ketika hendak berangkat ke Masjid. ~ Memotong kuku. ~ Memotong, mencabut atau mengunting bulu [ketiak, hidung, misai]. ~ Bersugi. ~ Memakai wangi-wangian. ~ Berhias diri dengan memakai pakaian yang bersih dan cantik. ~ Bersegera pergi ke masjid. ~ Berniat Iktikaf. ~ Solat sunat Tahiyatul Masjid sebaik sahaja masuk ke dalam masjid. ~ Memperbanyakkan berzikir, membaca Al Quran dan berselawat ke atas Nabi. Source : Solat Jumaat (WIKI)

Nisfu Syaaban 1432 Hijrah

Apakah maksud Nisfu Syaaban? Syaaban adalah bulan Rasulullah SAW. Bersabda baginda yang maksudnya, " Dinamakan dengan Syaaban (berserak-serak) itu adalah kerana di dalamnya terdapat banyak kebajikan yang berserak-serak. " Dalam bulan Syaaban merupakan antara bulan-bulan yang istimewa bagi umat Islam. Kelebihan yang Allah berikan dalam bulan Syaaban amat bermakna bagi para hamba yang mukminin serta mukhlisin. Begitu banyak hadis-hadis Rasulullah SAW yang menceritakan mengenai kelebihan bulan yang mulia ini. Antaranya sabda Rasulullah SAW yang masyur adalah ; Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Sya'aban. Sabda Nabi SAW “ Sya'aban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Sya'aban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmini rohani)" . Apakah amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban? 1. Memperbanyakkan puasa sunat Sebagaimana yang telah dijelaskan te...

Azan

SETIAP KESABARAN AKAN DIGANTI DENGAN KEMENANGAN SETIAP KEDUKAAN AKAN BERGANTI DENGAN KEBAHAGIAAN SETIAP PERPISAHAN PASTI BERMULA DENGAN SATU PERTEMUAN SETIAP YANG BERAKHIR AKAN BERTUKAR DENGAN SUATU PERMULAAN SETIAP KEJADIAN TUHAN PASTI ADA HIKMAHNYA . . . . . . . . . . . . . Saya Ada satu epal, anda Ada satu epal . Kita tukar epal, anda Ada satu Dan saya tetap Ada satu . Jika anda Ada satu ilmu Dan saya Ada satu ilmu, kemudian Kita tukar ilmu tersebut, anda Ada dua ilmu Dan saya Ada dua ilmu . Allahu Akbar!! ADAB MENDENGAR AZAN Kematian itu pasti menjelma . Hanya masa Dan waktunya yang tidak Kita ketahui. Cuba Kita amati . Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa . Lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut' . Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: 'Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya'. Ini jelas menun...

Selamat Hari Raya Aidiladha

Kepada Para bloggers yang menyambut Hari Raya Korban dan kepada keluarga saya, Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha. Sama-samalah kita doa mendoakan agar kita dapat menghasilkan pengorbanan yang terbaik di sisi Allah di dunia. Amin.

Makanan Untuk Pengantin

Hari nie,mendapat tempahan catering untuk perkahwinan di Benut,Pontian. Cinta diantara Dr. dengan Dr. ditemukan untuk hidup sehati, sejiwa dan Semati(huhu). Nak tau siapa yang kahwin. Itu tak perlulah saya beritau di sini. Cukup sekadar anda mengetahui mereka sebagai Dr. Kek Perkahwinan ini Boss saya buat, Nampak simple but sedap mata memandang nak makan kek nie. Malatop!!! Antara makanan yang disediakan untuk pengantin. Menyiapkan Makanan pengantin agak memenatkan juga dan perlu banyak sabar. Tapi saya anggap ia sebagai cabaran dan satu pengalaman yang baru untuk saya pelajari. Sebagai Umat Islam, saya menunaikan sembahyang wajib di Masjid Jamek, Pekan Tampok Benut. Perjalanan dari tempat rumah pengantin ke Masjid mengambil masa 10 minit. So kenalah exercise sikit. Nanti, i plak kena lantik Pengarah Kelab ROI. Tak nak.... hehehe.......