Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Muhammad SAW

Malam LAILATUL QADAR

10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t. Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar". Sebab turun surah al-Qadr Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a...

Bulan Ramadan Bulan yang penuh Rahmat

" Bulan Ramadan, yang di dalamnya diturunkan al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah). Oleh itu, barangsiapa di antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu. "                      Surah Al-Baqarah, Ayat 185. Ramadan yang biasanya digelar " Ramadan Al-Mubarak " adalah merupakan bulan yang ke-9 dan bulan paling suci di dalam kalendar Islam. Seperti bulan Islam lain, bulan ini mempunyai 29 atau 30 hari. Bulan Ramadan merupakan masa untuk umat Islam berfikir dan merenung diri sendiri, bersolat, membuat kebajikan dan meluangkan masa dengan keluarga serta sahabat handai. Dengan berpuasa dari fajar hingga senja umat Islam akan dapat mempertingkatkan disiplin diri dan menjadi pemurah, dengan mengingati kesusahan hidup sebahagian manusia yang miskin papa. " Hai orang-orang yang beriman, diw...

Doa Qunut Solat Subuh : Wajib atau sunat?

Assalaamualaikum warahmatullahi wabaraktuh.. Doa qunut ada tiga macam; Pertama:   Doa Qunut Nazilah, iaitu doa yang dibacakan setelah ruku' (i'tidal) pada rakaat terakhir shalat. Hukumnya sunnah haiat (kalau lupa tertingal tidak disunatkan bersujud sahwi). Qunut Nazilah dilaksanakan karena ada peristiwa (mushibah) yang menimpa, seperti serangan rejim zionis ke atas gaza baru-baru ni, bencana alam, flu burung, dan lainnya. Qunut Nazilah ini mencontohi Rasulullah SAW Yang memanjatkan doa Qunut Nazilah selama satu bulan atas mushibah terbunuhnya qurra' (para sahabat Nabi SAW yang hafal al Qur'an) di sumur Ma'unah. Juga diriwayatkan dari Abi Hurairah ra. bahwa "Rasulullah SAW kalau hendak mendoakan untuk kebaikan seseorang atau doa atas kejahatan seseorang, maka baginda doa qunut setelah ruku' " (HR. Bukhori dan Ahmad). Kedua:   Qunut shalat witir. Menurut pengikut Imam Abu Hanifah (hanafiyah) qunut witir dilakukan dirakaat yang ketiga sebelum ruku...

Perkara-perkara sunat yang dilakukan pada hari Jumaat

~ Mandi sunat hari Jumaat, terutama ketika hendak berangkat ke Masjid. ~ Memotong kuku. ~ Memotong, mencabut atau mengunting bulu [ketiak, hidung, misai]. ~ Bersugi. ~ Memakai wangi-wangian. ~ Berhias diri dengan memakai pakaian yang bersih dan cantik. ~ Bersegera pergi ke masjid. ~ Berniat Iktikaf. ~ Solat sunat Tahiyatul Masjid sebaik sahaja masuk ke dalam masjid. ~ Memperbanyakkan berzikir, membaca Al Quran dan berselawat ke atas Nabi. Source : Solat Jumaat (WIKI)

Nisfu Syaaban 1432 Hijrah

Apakah maksud Nisfu Syaaban? Syaaban adalah bulan Rasulullah SAW. Bersabda baginda yang maksudnya, " Dinamakan dengan Syaaban (berserak-serak) itu adalah kerana di dalamnya terdapat banyak kebajikan yang berserak-serak. " Dalam bulan Syaaban merupakan antara bulan-bulan yang istimewa bagi umat Islam. Kelebihan yang Allah berikan dalam bulan Syaaban amat bermakna bagi para hamba yang mukminin serta mukhlisin. Begitu banyak hadis-hadis Rasulullah SAW yang menceritakan mengenai kelebihan bulan yang mulia ini. Antaranya sabda Rasulullah SAW yang masyur adalah ; Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Sya'aban. Sabda Nabi SAW “ Sya'aban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Sya'aban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmini rohani)" . Apakah amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban? 1. Memperbanyakkan puasa sunat Sebagaimana yang telah dijelaskan te...

Kelas Percuma Belajar Agama

Semenjak berhenti bekerja disebuah restoran di area Kg. Pandan. Saya aktif semula menghadiri kelas agama di Perkim Sentul . Sejak saya di "assign" kan untuk hantar minuman setelah bekerja beberapa minggu. Saya pun mengambil keputusan untuk berhenti. Atas sebab hal-hal yang tertentu. Gaji quite good, tapi nak buat cam mana. I need to defend my own principle as a Muslim dan juga atas nasihat daripada orang tua yang sudah lebih dahulu makan garam. Ok berbalik cerita pasal kelas Agama, saya panjatkan syukur alhamdulillah pada yang Maha Esa . Sebab menemukan saya dan menempatkan saya di kawasan yang senang untuk saya belajar agama. Thank You Allah ...  Surau dan Masjid pun dekat ( Alhamdulillah ). Usually, saya menghadiri kelas agama end of the week. Iaitu pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Jumaat lepas office hour. Manakala sabtu dan ahad pula pada sebelah pagi hingga ke petang. Moga-moga apa yang diusahakan ini, saya dapat melakukannya dengan istiqomah. Bagi jadual pembelaja...

Open Your Eyes By Maher Zain

Open Your Eyes Look around yourselves Can't you see this wonder Spreaded in front of you The clouds floating by The skies are clear and blue Planets in the orbits The moon and the sun Such perfect harmony Lets start question in ourselves Isn't this proof enough for us Or are we so blind The push it all aside.. NO...... "*" We just have to Open our eyes, our hearts, and minds If we just look bright to see the signs We can't keep hiding from the truth Let it take us by surprise Take us in the best way (Allah) Guide us every single day... (Allah) Keep us close to you Until the end of time... Look inside yourselves Such a perfect order Hiding in yourselves Running in your veins What about anger love and pain And all the things you're feeling Can you touch them with your hand? So are they really there? Lets start question in ourselves Isn't this proof enough for us Or are we so blind The push it all aside NO...........

Alam Mahsyar

1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yg lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. 2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa”. Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati. 3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.   4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah man...