Whatsapp Vs Viber

Kebanyakan telefon mudah alih masa kini seperti smartphone mempunyai applikasi-applikasi canggih bagi pengguna untuk berkomunikasi dengan lebih mudah. Contohnya seperti Whatsapp, Viber, Wechat, Line, Tango dan banyak lagi.

Untuk entri blog kali ini, saya ingin memberikan pendapat tentang kedua applikasi yang digunakan secara meluas dikalangan pengguna handphone khasnya smartphone. Applikasi yang saya maksudkan ialah Whatsapp dan Viber.

Kedua-dua applikasi ini berplatformkan text message sebagai format utama untuk berkomunikasi. Apa yang menarik dengan kedua-dua applikasi tersebut ialah setiap kali menghantar message mahupun berbalas message dengan banyak kali (pendek cerita, mcm chatting di Yahoo Messenger!. Ingat lagi?) bayaran tidak dikenakan.

It's Free. Ye.... FREE of charge, hokay!!! hehehe... akan tetapi, seperti pengguna-pengguna handphone sedia maklum. Untuk membolehkan applikasi-applikasi tersebut dapat digunakan - haruslah terlebih dahulu mempunyai Data Plan yang aktif (lebih diutamakan) dan juga sambungan Wifi (option).

Melalui kajian saya secara kasar,


Whatsapp ;

  • Text mesej secara percuma 
  • Mewujudkan group chat 
  • Menghantar gambar 
  • Menghantar video 
  • Berkongsi lokasi 
  • Tersedia untuk 6 Platform OS ;

        I. Android
       II. Iphone
      III. Blackberry
      IV. Nokia - S40
       V. Nokia - Symbian
      VI. Windows Phone

Untuk maklumat lanjut tentang setiap penggunaan OS Platform yang berbeza.... boleh lawati laman web Whatsapp soalan lazim.



Manakala dengan Viber pula ;

  • Text Mesej secara percuma 
  • Panggilan percuma (melalui wifi) dan berbayar (prepaid / postpaid simcard) 
  • Menghantar Mesej secara berkumpulan 
  • Menghantar Gambar 
  • Berkongsi lokasi 
  • Tersedia untuk 7 Platform OS ;

          I. iOS - Iphone , Ipod Touch dan Ipad
         II. Android
        III. Blackberry
        IV. Windows Phone
         V. Nokia - S40
        VI. Nokia - Symbian
       VII. Bada

Soalan lazim bagi penggunaan viber boleh lawat di laman web ini - Vibers FAQ

Pada pendapat saya, kedua-dua applikasi tersebut mempunyai kelebihan masing-masing dari segi kepelbagaian servis yang disediakan.

Persamaan yang disediakan oleh kedua-dua applikasi gergasi ini tentunya ;
1. Text Mesej secara percuma
2. Menghantar gambar
3. Berkongsi lokasi
4. Tersedia kepada kebanyakan Platform OS yang sedia ada di pasaran.

Perbezaannya pula,
Whatsapp mempunyai ;

  • Group Chat 
  • Boleh menghantar video 


Viber pula ;

  • Panggilan secara percuma atau pun berbayar 
  • Boleh menghantar mesej secara berkumpulan 


Dari segi kelebihannya, saya lebih suka dengan kepelbagaian servis yang disediakan oleh Viber. Ini adalah kerana, Platform OS yang disediakan lebih meluas iaitu bagi iOS dan Bada. Di mana, Ipod Touch dan Ipad serta Bada untuk pengguna smartphone Samsung boleh digunakan.

Dan yang saya paling suka sekali ialah Terma dan Syarat bagi penggunaan kedua-kedua applikasi gergasi ini. Pun saya berpihak kepada Viber kerana ianya FREE 100%. Of course, siape tak suka benda Free kan? Beli gadget mahal-mahal. Pastu kene bayar pula. hehehe!!!!

Whatsapp - Berbayar
Viber - Percuma

Bagi entri post kali ini, Viber memenangi pertandingan ini berdasarkan kelebihan applikasi ini sediakan.

Walau bagaimana pun, ini adalah hasil kajian saya sendiri. Bagaimana dengan anda (what say you,)? Sila berikan komen tentang pengalaman mengikut Platform OS handphone yang anda guna.

Ads : How to develop your own Iphone App with no Programming experience.

Comments

Popular posts from this blog

Doa Qunut Solat Subuh : Wajib atau sunat?

Kelas Percuma Belajar Agama

Perkara-perkara sunat yang dilakukan pada hari Jumaat