Trip to Terengganu : Part 1

Beberapa hari yang lalu di awal bulan Ogos, Saya dan Ayah angkat (Daddy) hantar adik angkat - Along yang belajar di salah satu IPTA yang terletak di kawasan Pantai Timur Malaysia. I bet you guys can guess which state i'm referring to. Yes, Terengganu.

Perjalanan dari Johor Bahru ke negeri Terengganu mengambil masa beberapa hari memandangkan kami singgah sekejap di Senawang untuk menziarahi dan berhari raya bagi beberapa sebelah keluarga Daddy yang bermastautin di negeri sembilan. Transit sehari di Kuala Lumpur.

Memang kebetulan cuti saya pun panjang untuk raya kali nie. Saya dapatlah menemankan Daddy & Along ke Terengganu selain menjadi back up driver (wajip) since my Daddy tak leh pandu lama2 di high way untuk perjalanan yang jauh. Actually, not the 1st time gi terengganu nie but it always excited and delighted me everytime drive away to Terengganu.

Perjalanan ke destinasi yang dituju mengambil masa lebih kurang 6 hingga 7jam juga.








Setibanya di destinasi bermalam lah di salah sebuah Resort ni. Nampak dari luar cam best je. Tapi rupanya "Indah Khabar daripada Rupa" . Sistem dan service resort nie memang perlu di"Polish"kan lagi.








So ape lagi keesokkan hari Daddy mengambil keputusan untuk berpindah ke tempat penginapan yang betul-betul mengikut standardnya. Menginaplah di Ulek Beach Resort di mana secara kebetulan kawan daddy pun duduk di situ sekeluarga dengan tujuan yang sama iaitu hantar anak ke IPTA semula.













Pada hari seterusnya, Along ade kelas kuliahnya hanya pada sebelah pagi. Daddy plan nak gi jumpa kawan daddy yang duk kat Kertih yang sudah berpuluh-puluh tahun tak jumpa. Daddy ajak saya sekali, tapi saya menolak dengan baik dan berikan alasan penat (penat ape bendanya). Rupanya saya ade plan lain, nak melaram Jacuzzi tu berjam-jam. Hahahahah......Pantang nampak jacuzzi.

So Daddy dengan Along je lah yang gi kerteh. Oklah, sampai sini sajalah entri blog saya pada kali ni. Seperti tajuk yang tertera kat atas, insyaallah akan ade part 2 yang akan saya kongsikan pada entri blog akan datang.

Comments

Popular posts from this blog

Doa Qunut Solat Subuh : Wajib atau sunat?

Kelas Percuma Belajar Agama

Perkara-perkara sunat yang dilakukan pada hari Jumaat