Baru-baru ni, saya beli majalah dari 2 tempat. Satu dari Bukit Sentosa Bookworm dan satu lagi di KLCC. Saya terpikat dengan keluaran majalah PC kali ini sebab mereka mengeluarkan buku khas koleksi teknik tentang Photoshop. Tengok isi kandungannya sekejap dan terus membelinya. Selalunya saya beli di kedai buku MyNews. Memang selalu singgah pun kat situ jika ada kesempatan. Selain Memabukkan diri kat KinoKuniya. Memang Syurga Bagiku. hehehe....
Ok. Cerita tentang isi kandungan Buku Khas ni dari Majalah PC. Terus-terang, saya tak berapa suka cara Majalah PC mempersembahkan teknik yang mereka paparkan dalam majalah nie sebab;
- Versi Perisian yang mereka gunakan untuk tutorial dalam mempersembahkan teknik-teknik yang dipaparkan dalam pelbagai versi. Bagi saya, gunakanlah versi terbaru(Versi CS)untuk mempersembahkan teknik-teknik yang dipaparkan dalam buku ini. Sebab kebanyakan pengguna photoshop sekarang menggunakan versi CS.
- Teknik yang dipaparkan juga kurang menarik. Kebanyakan tutorials nya simple. Saya berharap koleksi akan datang, Majalah PC akan memaparkan koleksi teknik-teknik yang lebih menarik dan terkini. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa teknik yang saya cari selama ini ada dalam buku koleksi ini.
- Cara penyampaian tutorial perlu dipermudahkan lagi supaya pembaca lebih mudah memahami teknik-teknik yang diberikan.
Secara keseluruhan nya. Bolehlah tahan. Saya kritik ni sebab saya suka Majalah PC dan kalau boleh, Majalah PC akan buat pula tutorial-tutorial untuk software Adobe yang lain seperti Dreamweaver, Flash, Illustrator dan sebagainya. Kerana tutorial-tutorial untuk software tersebut kebanyakannya dalam bahasa Inggeris. Saya percaya banyak pembaca di luar sana inginkan tutorial dalam Bahasa Melayu oleh kerana ade setengah pembaca yang kurang memahami Bahasa Inggeris.
Bagi Majalah kedua ini pula, memang majalah kegemaran saya. Digital Camera Magazine. Isi kandungannya yang menarik dan banyak gambar-gambar yang cantik dipaparkan dalam majalah ini. Salah satu perkara yang menarik perhatian ialah peraduan yang diadakan dalam Majalah ini. Selain daripada itu, fotografer-fotografer boleh berkongsi gambar dan menghantarnya ke Majalah tersebut disamping mendapat pendedahan. Terutamanya bagi Amatur. Apa lagi yang saya nak cakap ek? Tak ada apa-apa lagi yang perlu saya katakan untuk majalah ini. Sungguh Mengasyikkan bila membacanya. :)

Comments
Post a Comment