Skip to main content

Bayi Al-Quran Diserbu


SEORANG ulama mendukung Ali di rumahnya di Kizlyar pada Isnin lalu.

KIZLYAR - Seorang bayi ajaib, Ali Yakubov membawa harapan keamanan kepada penduduk Dagestan, wilayah selatan Rusia yang majoritinya orang Islam selepas kehidupan mereka terseksa akibat keganasan agama yang berlarutan.

Pada minggu ini, beratus-ratus pelawat berbaris panjang untuk melihat bayi berusia sembilan bulan itu selepas beberapa ayat suci al-Quran muncul pada tubuhnya pada setiap Isnin dan Jumaat sebelum hilang dan digantikan dengan ayat baru.

Pada setiap hari, kira-kira 2,000 pelawat daripada 20 juta penduduk Islam Rusia datang untuk melihat bayi ajaib itu.Di luar kediaman ibu bapa bayi berkenaan iaitu Shamil Yakubov dan isterinya, Madina Yakubov, kedua-duanya berusia 27 tahun, orang ramai dilihat berdoa sambil mengucapkan kesyukuran kepada Tuhan.


Kulit Ali yang mengandungi ayat-ayat Al-Quran

"Allah melindungi Dagestan," kata Akhmed Khadzhy iaitu seorang pesara dari Khasavyurt, bandar di sempadan Chechnya selepas tiga orang maut dalam pertempuran antara pasukan keselamatan Dagestan dan militan Islam pada malam sebelumnya.


Bukti keajaiban itu merupakan isyarat Tuhan turut diperkuatkan dengan fakta bahawa bapa bayi itu bertugas dalam pasukan polis dan sering menjadi sasaran pembunuhan militan Islam di Dagestan yang dikuasai Rusia.

Para pemimpin tempatan pernah memaklumkan kepada Presiden Rusia, Dmitry Medvedev bahawa mereka sukar membendung penentangan kumpulan-kumpulan militan Islam yang didalangi rangkaian Al-Qaeda.

Akibatnya, keamanan yang dinikmati selama beberapa tahun di wilayah Dagestan, Ingushetia dan Chechnya musnah susulan pengeboman berani mati dan serangan bersenjata terhadap pihak polis dan pasukan keselamatan. - Reuters

Comments

Popular posts from this blog

Doa Qunut Solat Subuh : Wajib atau sunat?

Assalaamualaikum warahmatullahi wabaraktuh.. Doa qunut ada tiga macam; Pertama:   Doa Qunut Nazilah, iaitu doa yang dibacakan setelah ruku' (i'tidal) pada rakaat terakhir shalat. Hukumnya sunnah haiat (kalau lupa tertingal tidak disunatkan bersujud sahwi). Qunut Nazilah dilaksanakan karena ada peristiwa (mushibah) yang menimpa, seperti serangan rejim zionis ke atas gaza baru-baru ni, bencana alam, flu burung, dan lainnya. Qunut Nazilah ini mencontohi Rasulullah SAW Yang memanjatkan doa Qunut Nazilah selama satu bulan atas mushibah terbunuhnya qurra' (para sahabat Nabi SAW yang hafal al Qur'an) di sumur Ma'unah. Juga diriwayatkan dari Abi Hurairah ra. bahwa "Rasulullah SAW kalau hendak mendoakan untuk kebaikan seseorang atau doa atas kejahatan seseorang, maka baginda doa qunut setelah ruku' " (HR. Bukhori dan Ahmad). Kedua:   Qunut shalat witir. Menurut pengikut Imam Abu Hanifah (hanafiyah) qunut witir dilakukan dirakaat yang ketiga sebelum ruku...

MacBook Air

Semenjak MacBook Pro versi 2011 saya buat hal (dah uzur agaknye), saya mengambil keputusan untuk dapatkan laptop baru. Saya mengambil keputusan untuk dapatkan MacBook Air berbanding daripada laptop yang berasaskan Windows OS. Ini disebabkan dari pengalaman saya menggunakan  MacBook Pro yang boleh menjangkau lebih kurang 7 tahun. Melalui pengalaman saya juga dengan menggunakan laptop yang berasaskan windows nie... selalunya jangka hayat hanya dalam 2-3 tahun sebelum saya start guna Macbook Pro pada tahun 2011.  Dengan itu, saya mengambil keputusan untuk meneruskan guna Macbook. Ok, banyak orang kata... orang yang guna brand Apple nie untuk orang orang kaya je. Bagi saya tidak, kerana kualiti yang ada pada Macbook ini lebih tahan lama dari laptop yang berasaskan Windows OS ataupun Linux. Bak kata pepatah melayu "biarlah alah membeli memang memakai". Tapi saya memang tak gemar guna Iphone. haha.... tak berbaloi - mahal siot (overpriced). Baik guna Android Smartphone lebih be...

Yuna Zarai

Talk about Yuna, in the early days of her involvement in music industry in her home country Malaysia. I'm not really a big fan of her. But used to like some of her Malay songs.  Then, when i rediscover back her music involvement as an independent singer in USA. I become more interested and want to know more about her achievement as an independent singer in USA.  My 1st impression during my researched about Yuna based on Youtube, News from social media and her own website. I was not that being skeptical about wether she can't make it or not. What i found about this talented Yuna is that her music, she represents herself as for what she is which i think not all artist can sustained  this kind of positive attitude just like what she does. Her music, i just can't believe it really make me fever (addicted and love to listened) untill everytime i wanna go to sleep will listen her songs esp. the song titled - Coffee.  :) Yeah i know, kind of awkward and admitt...