Lopis

Kali nie saya nak bercerita pula tentang makanan kuih iaitu LOPIS. Dah kira lama lah juga saya tinggal dengan Maktok tapi tak pernah merasa LOPIS nie. Hari-hari asyik tengok si LOPIS je tapi tak rasa-rasa juga, malu juga nak minta sebab semuanya habis dijual. Dalam fikiran nazmie, mesti LOPIS nie sedap sebab majoriti pelanggan Mak Tok order LOPIS banyak . Hari nie, nazmie merasalah LOPIS yang ku nanti-nantikan selama ini.

Saya ingatkan makan begitu sahaja, rupanya kena campur dengan gula melaka dan parut kelapa. Nasib baik ada Bu' su yang ajarkan. Kuih LOPIS ini diperbuat daripada Pulut, Abucang (tak tau ape benda nie tapi itulah yang bu'su kata) dan bila dah masak akan di makan bersama gula melaka dan parut kelapa. Bagaimana rasa LOPIS buatan Berkat Jaliah Enterprise? Rasanya memang sedap.

Selain daripada LOPIS nie, saya gemar makan Bingka Ubi. Yum...yum....nak tahu apa itu bingka ubi? nanti kan post saya yang akan datang.....

Comments

  1. tp kat utara kuih lopis biasanya bewarna hijau dan bebentuk bulat . lebih sedap di makan dgan air gula melaka asli......

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Doa Qunut Solat Subuh : Wajib atau sunat?

Kelas Percuma Belajar Agama

Perkara-perkara sunat yang dilakukan pada hari Jumaat