Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2011

Malam LAILATUL QADAR

10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t. Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar". Sebab turun surah al-Qadr Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a

Doa-Doa di Bulan Ramadhan

" Doa itu merupakan inti ibadah " (HR Bukhari) Demikianlah sabda Rasulullah SAW. Sebagai suatu ibadah, berdoa hanyalah dihadapkan kepada Allah SWT semata-mata. Tidak boleh kepada benda-benda lain. Disamping itu, berdoa harus pula sejalan atau bersamaan dengan ikhtiar dan usaha. Dengan tuntunan dan adab berdoa yang benar, baik dan tentu saja ikhlas, Allah SWT tidak akan pernah melupakan umatnya yang bermohon dan berdoa kepada-Nya. Bulan Ramadhan selain disebut sebagai bulan shaum, juga disebut sebagai bulan taubah (bulan kembali kepada-Nya), bulan Maghfirah dan rahmah, bulan pembawa berkah, bulan qiyamullail, dan bulan ihya malam-malam Lailatul Qadar. Ringkasnya , bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh doa. Orang-orang yang mengetahui nilai bulan Ramadhan akan memanfaatkan sebaik-baiknya bulan tersebut dengan banyak berdoa, khususnya di waktu tengah malam, di waktu sahur, dan setiap selesai melakukan shalat. Dalam sebuah Hadis Qudsi, dikemukakan bahwa : Rabb kita

Wordless Wednesday #3 : The Regency

Dapatkan Mykad Dalam Sekelip Mata

Pelbagai pihak melahirkan rasa terkejut mereka dengan pendedahan bahawa seorang penduduk tetap bernama Mismah adalah berstatus penduduk tetap paginya sudah berubah kepada warga negara pada petangnya. Ekoran itu, Suhaizan Bin Kaiat, Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasi Pemuda PAS Malaysia menuntut Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memberikan penjelasan. Dewan Pemuda PAS, katanya, mendesak agar suatu siasatan dibuat berhubung dengan kejadian ini. "Suatu Suruhanjaya Di Raja perlu dibentuk dengan segera bagi menyiasat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) berhubung dengan isu yang cukup memalukan negara ini," kata beliau dalam kenyataannya. (Kad MyPR Mismah pada sebelah pagi) Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) wajib dipersoalkan bagaimana mudahnya menjadi warganegara Malaysia pada waktu ini, katanya kepada Harakahdaily. Malaysiakini mengeluarkan berita “PR Didaftar Sebagai Pengundi” pada jam 1.06 petang, 2hb Ogos 2011. Dewan Pem

Lifestyle Digital @ KLCC

Last 31st July, on Sunday. Pergi ke KLCC sebab dengar kata dari member ade PC Fair katanya. Pergi ke tempat tu nampak lengang je. Tak seperti biasa yang kita sangkakan, banyak orang. Mungkin esok dah nak puasa kot so maybe orang banyak yang duduk kat rumah. Rupanya not PC Fair but it's Lifestyle Digital expo 2001. Downgrade pada PC fair.   Tujuan datang ialah nak cari barang yang nak dibeli, konon-konon ade offer murah. Tapi kebanyakkan yang dijual Scanner dan Printer yang biasa. Takde scanner khas....... heheh. I found this two gadgets that interest me. satu ialah Wireles Webcam. Wah hebat...... dah ade webcam tanpa wayar. leh letak kat mana-mana webcam nie. Another one is Nikon coolpix. Digital camera yang  mempunyai fungsi seperti Model Nikon DSLR camera. Dah tak rasa berat nak ambil gambar yang berkualiti tinggi. i think pencetus camera sebegini ialah dari Olympus.  Setiap kali pergi ke tempat macam nie, tak lepas dari catalog atau brochure yang diedarkan oleh para peniaga