Skip to main content

Magazine

Baru-baru ni, saya beli majalah dari 2 tempat. Satu dari Bukit Sentosa Bookworm dan satu lagi di KLCC. Saya terpikat dengan keluaran majalah PC kali ini sebab mereka mengeluarkan buku khas koleksi teknik tentang Photoshop. Tengok isi kandungannya sekejap dan terus membelinya. Selalunya saya beli di kedai buku MyNews. Memang selalu singgah pun kat situ jika ada kesempatan. Selain Memabukkan diri kat KinoKuniya. Memang Syurga Bagiku. hehehe....


Ok. Cerita tentang isi kandungan Buku Khas ni dari Majalah PC. Terus-terang, saya tak berapa suka cara Majalah PC mempersembahkan teknik yang mereka paparkan dalam majalah nie sebab;

- Versi Perisian yang mereka gunakan untuk tutorial dalam mempersembahkan teknik-teknik yang dipaparkan dalam pelbagai versi. Bagi saya, gunakanlah versi terbaru(Versi CS)untuk mempersembahkan teknik-teknik yang dipaparkan dalam buku ini. Sebab kebanyakan pengguna photoshop sekarang menggunakan versi CS.

- Teknik yang dipaparkan juga kurang menarik. Kebanyakan tutorials nya simple. Saya berharap koleksi akan datang, Majalah PC akan memaparkan koleksi teknik-teknik yang lebih menarik dan terkini. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa teknik yang saya cari selama ini ada dalam buku koleksi ini.

- Cara penyampaian tutorial perlu dipermudahkan lagi supaya pembaca lebih mudah memahami teknik-teknik yang diberikan.

Secara keseluruhan nya. Bolehlah tahan. Saya kritik ni sebab saya suka Majalah PC dan kalau boleh, Majalah PC akan buat pula tutorial-tutorial untuk software Adobe yang lain seperti Dreamweaver, Flash, Illustrator dan sebagainya. Kerana tutorial-tutorial untuk software tersebut kebanyakannya dalam bahasa Inggeris. Saya percaya banyak pembaca di luar sana inginkan tutorial dalam Bahasa Melayu oleh kerana ade setengah pembaca yang kurang memahami Bahasa Inggeris.

Bagi Majalah kedua ini pula, memang majalah kegemaran saya. Digital Camera Magazine. Isi kandungannya yang menarik dan banyak gambar-gambar yang cantik dipaparkan dalam majalah ini. Salah satu perkara yang menarik perhatian ialah peraduan yang diadakan dalam Majalah ini. Selain daripada itu, fotografer-fotografer boleh berkongsi gambar dan menghantarnya ke Majalah tersebut disamping mendapat pendedahan. Terutamanya bagi Amatur. Apa lagi yang saya nak cakap ek? Tak ada apa-apa lagi yang perlu saya katakan untuk majalah ini. Sungguh Mengasyikkan bila membacanya. :)

Comments

Popular posts from this blog

Review: Real Focus: How to Manage Your Life Load So You Can Start Living Your Life

Real Focus: How to Manage Your Life Load So You Can Start Living Your Life by Psychologies Magazine My rating: 4 of 5 stars This book contain 3 chapters. with 184pages inside. As a reader who want to improve my daily task. this book shows me how to get things done by prioritizing which task need to be done 1st by identifying it. I like the last part of this book that stated that it's all about systems that you need to figure out. Make that system as a habit and work on it. Another tip that i found out that useful for me is the "No Zero Day" which make sense at all. However, as i read through this book. I realized that this book can be like a guidance for me which i read on as and when i need it since this book packed with valuable advice that helps me to sharpen more my focus on the project that i would to do. Hopefully this will cultivate a good ones and can make a huge difference to my life. If you're looking for a book that help you to change

Masalah Bug Dalam Firefox Browser

Sejak kebelakangan nie, saya asyik menghadapi masalah dengan browser firefox V.2. Kekadang hang, dan yang selalunya dapat error message problem dengan firefox browser. Geram dibuatnya. Tried to fix it by repairing the firefox software back. But the result is still the same. Nak check bug dalam browser pun tak tau.... SO, sabar jelah. Tapi hati saya masih tak puas hati lagi dan berfikir untuk bagaimana nak selesaikan masalah browser kegemaranku ini. Googling informasi pun tak dapat cari. But the similarity problem yang saya jumpa ialah bagaimana untuk memperbaiki "find as you type" bug dalam firefox . Ok... i admit, saya sebenarnya tak tahu nak translate " Find as you type ". Can anyone help me to translate it in Malay Language? Dari blog nie, saya jumpa Bugzilla . Banyak informasi yang saya dapat dari laman web nie, dari reporting bugs for firefox, jenis-jenis bug and how to fix bug in firefox. Mengambil masa yang lama juga untuk saya baca semua nie. Namun ia banyak

MacBook Air

Semenjak MacBook Pro versi 2011 saya buat hal (dah uzur agaknye), saya mengambil keputusan untuk dapatkan laptop baru. Saya mengambil keputusan untuk dapatkan MacBook Air berbanding daripada laptop yang berasaskan Windows OS. Ini disebabkan dari pengalaman saya menggunakan  MacBook Pro yang boleh menjangkau lebih kurang 7 tahun. Melalui pengalaman saya juga dengan menggunakan laptop yang berasaskan windows nie... selalunya jangka hayat hanya dalam 2-3 tahun sebelum saya start guna Macbook Pro pada tahun 2011.  Dengan itu, saya mengambil keputusan untuk meneruskan guna Macbook. Ok, banyak orang kata... orang yang guna brand Apple nie untuk orang orang kaya je. Bagi saya tidak, kerana kualiti yang ada pada Macbook ini lebih tahan lama dari laptop yang berasaskan Windows OS ataupun Linux. Bak kata pepatah melayu "biarlah alah membeli memang memakai". Tapi saya memang tak gemar guna Iphone. haha.... tak berbaloi - mahal siot (overpriced). Baik guna Android Smartphone lebih be