Nazmi = Bintangku, keindahanku


Nazmie

Kau  selalu ku hitung setiap malam,

Menghitungmu sampai ku tidur lena,

Kau bagaikan berlian yang berkilauan,

Menyinari langit malam yang gelap,

Tak pernah ku rasa bosan  melihat dan menghitungmu,

 

Aku terpegun melihatmu,

Cahayamu sentiasa berkerdipan,

Tak mengenal erti penat lelah,

Kau sentiasa menemani bila ku kesepian di malam hari,


Keindahanmu yang tak terkata,

Bilakah ku akan berjumpa denganmu,

Ku ingin dekat pada mu,

Ku ingin sentuh mu,

Tapi kau jauh dari ku,

 

Pasrah dengan realiti sebenar,

Bahawa kau takkan ku capai sampai bila-bila,

Kau akan ku jadikan inspirasi dalam hidupku,

Kerana ku ingin jadi sepertimu,

Yang sentiasa menyinari bumi pabila menjadi gelap.

 

Keindahanmu.



I am so fall in love with this song from since the first time i‘d listen to it...
its like... the melody plays the feelings of my heart really beautiful

Comments

Popular posts from this blog

Doa Qunut Solat Subuh : Wajib atau sunat?

Kelas Percuma Belajar Agama

Perkara-perkara sunat yang dilakukan pada hari Jumaat