Skip to main content

Dapatkan Mykad Dalam Sekelip Mata

Pelbagai pihak melahirkan rasa terkejut mereka dengan pendedahan bahawa seorang penduduk tetap bernama Mismah adalah berstatus penduduk tetap paginya sudah berubah kepada warga negara pada petangnya.

Ekoran itu, Suhaizan Bin Kaiat, Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasi Pemuda PAS Malaysia menuntut Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memberikan penjelasan.


Dewan Pemuda PAS, katanya, mendesak agar suatu siasatan dibuat berhubung dengan kejadian ini.

"Suatu Suruhanjaya Di Raja perlu dibentuk dengan segera bagi menyiasat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) berhubung dengan isu yang cukup memalukan negara ini," kata beliau dalam kenyataannya.

(Kad MyPR Mismah pada sebelah pagi)

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) wajib dipersoalkan bagaimana mudahnya menjadi warganegara Malaysia pada waktu ini, katanya kepada Harakahdaily.

Malaysiakini mengeluarkan berita “PR Didaftar Sebagai Pengundi” pada jam 1.06 petang, 2hb Ogos 2011.


Dewan Pemua PAS, kata Suhaizan, sebenarnya telah mengesan lebih awal bagaimana PR khususnya daripada Indonesia telah didaftarkan sebagai pengundi. Mereka di daftarkan hampir di setiap negeri.

(Keratan semakan dengan SPR status Mismah sebagai pengundi)

"Kita telah memuat turun data-data kad pengenalan PR dengan banyak sekali. Dewan Pemuda PAS sudah menjangkakan sama ada “server” JPN akan di tutup atau PR ini akan bertukar menjadi warganegara dalam sekelip mata.

"Ternyata jangkaan Pemuda PAS benar apabila Malaysiakini mengeluarkan berita pada jam 1.06 maka status PR dengan mudah bertukar kepada warganegara. Ini lah bukti yang jelas bahawa negara Malaysia dalam keadaan yang cukup merbahaya apabila status warganegara dipermainkan oleh pihak berkepentingan dalam negara ini," katanya.

Sumber : Forum CariGold

KOMEN SAYA :
Saya nie bukanlah penyokong Parti PAS atau mana-mana Parti politik. Tapi apa yang saya nak suarakan di sini ialah..... begitu mudah sekali orang nie dapat taraf kewarganegaraan. Orang yang lahir sini dan sekolah kat sini pun lum ade taraf kewarganegaraan. Nie kan plak org yang bernama MISMAH nie. Lahir sini ke orang yang bernama Mismah nie?

Saya tak tau lah ape motif sebenar JPN buat macam nie tapi kalau ye pun nak dapatkan undian. Tak payahlah nak buat dengan cara yang kotor (tidak adil). Kalau ye pun orang nie lahir dan bersekolah kat negara nie, jgn lah sampai macam nie, dalam sekelip mata boleh dapat taraf WARGANEGARA Malaysia.

Tapi kalau orang nie bukan lahir kat negara nie, memang satu kesilapan yang besar bagi JPN beri taraf  kewarganegaraan dengan begitu senang sekali. Kat kaunter,  bukan main lagi tegasnya kena ikut prosedur untuk dapatkan kewarganegaraan. Disebalik tabir, ade segolongan pihak yang begitu senang sekali beri taraf kewarganegaraan pada individu tertentu tanpa mengenakan syarat dan diluar undang-undang JPN.

Kenape tak beri je pada orang yang bertaraf myPR yang lahir sini atau Orang yang lahir di negara ni yang mempunyai sijil lahir dan tidak mempunyai status kewarganegaraan?

Comments

Popular posts from this blog

Review: Real Focus: How to Manage Your Life Load So You Can Start Living Your Life

Real Focus: How to Manage Your Life Load So You Can Start Living Your Life by Psychologies Magazine My rating: 4 of 5 stars This book contain 3 chapters. with 184pages inside. As a reader who want to improve my daily task. this book shows me how to get things done by prioritizing which task need to be done 1st by identifying it. I like the last part of this book that stated that it's all about systems that you need to figure out. Make that system as a habit and work on it. Another tip that i found out that useful for me is the "No Zero Day" which make sense at all. However, as i read through this book. I realized that this book can be like a guidance for me which i read on as and when i need it since this book packed with valuable advice that helps me to sharpen more my focus on the project that i would to do. Hopefully this will cultivate a good ones and can make a huge difference to my life. If you're looking for a book that help you to change

Masalah Bug Dalam Firefox Browser

Sejak kebelakangan nie, saya asyik menghadapi masalah dengan browser firefox V.2. Kekadang hang, dan yang selalunya dapat error message problem dengan firefox browser. Geram dibuatnya. Tried to fix it by repairing the firefox software back. But the result is still the same. Nak check bug dalam browser pun tak tau.... SO, sabar jelah. Tapi hati saya masih tak puas hati lagi dan berfikir untuk bagaimana nak selesaikan masalah browser kegemaranku ini. Googling informasi pun tak dapat cari. But the similarity problem yang saya jumpa ialah bagaimana untuk memperbaiki "find as you type" bug dalam firefox . Ok... i admit, saya sebenarnya tak tahu nak translate " Find as you type ". Can anyone help me to translate it in Malay Language? Dari blog nie, saya jumpa Bugzilla . Banyak informasi yang saya dapat dari laman web nie, dari reporting bugs for firefox, jenis-jenis bug and how to fix bug in firefox. Mengambil masa yang lama juga untuk saya baca semua nie. Namun ia banyak

MacBook Air

Semenjak MacBook Pro versi 2011 saya buat hal (dah uzur agaknye), saya mengambil keputusan untuk dapatkan laptop baru. Saya mengambil keputusan untuk dapatkan MacBook Air berbanding daripada laptop yang berasaskan Windows OS. Ini disebabkan dari pengalaman saya menggunakan  MacBook Pro yang boleh menjangkau lebih kurang 7 tahun. Melalui pengalaman saya juga dengan menggunakan laptop yang berasaskan windows nie... selalunya jangka hayat hanya dalam 2-3 tahun sebelum saya start guna Macbook Pro pada tahun 2011.  Dengan itu, saya mengambil keputusan untuk meneruskan guna Macbook. Ok, banyak orang kata... orang yang guna brand Apple nie untuk orang orang kaya je. Bagi saya tidak, kerana kualiti yang ada pada Macbook ini lebih tahan lama dari laptop yang berasaskan Windows OS ataupun Linux. Bak kata pepatah melayu "biarlah alah membeli memang memakai". Tapi saya memang tak gemar guna Iphone. haha.... tak berbaloi - mahal siot (overpriced). Baik guna Android Smartphone lebih be